Renungan:  Orang yang tak berangan kira macam orang yg tak boleh terbang tinggi walaupun dia dah ada sayap   
Aspati TV
Aspati

Tutup Tentang Aspati

Tutup BOSS Aspati

Tutup Geng Aspati

Tutup Peta Lokasi

Tutup Galeri Aspati

Tutup Projek Aspati

Tutup Aspati Profile ( English )

Tutup Client UAT

Tutup Sijil & Award

Tutup Aspati-TV

Tutup zaki

Produk Multimedia

Tutup Borang Pesanan Produk

Tutup Produk Edaran Aspati

Tutup Proses Pesanan

Webmaster - Infos
Counter

 28458 pelawat

 2 pelawat online

home.gifSelamat Datang ke Aspati Multimedia

aspati-1.jpg
Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada Semua.

news.gif 5 berita terkini

Kekosongan Jawatan di Aspati HQ ( Subang Jaya ) - oleh Admin Aspati 30/10/2008 @ 10:41

Jawatan Kosong di Aspati ( Permohonan Telah Ditutup )
Terdapat Beberapa kekosongan Jawatan di Aspati HQ ( Subang Jaya ). Kalau berminat, Sila isikan borang Asp/04 untuk kami review. Masukkan le senarai panjang kelebihan anda dan kami akan senarai pendekkan calon akan dihubungi untuk menjalani temuduga. WebFolio boleh terdiri dari ke kreatifan anda di Friendster / Facebook / atau laman web anda!
Tarikh Tutup : 15 November 2008

Bulan Bahasa & Sastera Sabah - oleh Admin Aspati 25/10/2008 @ 15:32

kedaidbp-sabah2.jpg
Deengalimeng dan Crew Pameran Aspati dah berangkat ke Kota Kinabalu Sabah untuk sama sama memeriahkan Booth serta Pelancaran Produk Terbitan DBP di CentrePOINT Kota Kinabalu. Sambutan sangat meriah dengan pelbagai aktiviti di rancang oleh Bahagian Multimedia , Jabatan Penerbitan Dewan Bahasa & Pustaka. Makwe - makwe cun KK pun ramai baaa ...

Panji Semerang Episod 4 Complete! - oleh Admin Aspati 20/10/2008 @ 18:22

komik-4.jpg
Progress kerja e-Komik Panji Semerang Episod 4 telah selesai. Pihak Aspati akan memperkenalkan satu sistem Penerbitan komik dalam bentuk digital e-komik. E-komik menggunakan media CD dan akan dipertontonkan buat pertamakalinya di EKSPO BBSN 2008 Bertempat di Centre Point, Kota Kinabalu Sabah pada 24 - 26 Oktober 2008.

Aspati Sebagai Penyedia Perkhidmatan ICT - oleh Admin Aspati 14/10/2008 @ 11:36

mara-pengerusi.jpg
13 Oktober 2008 Aspati telah dilantik oleh pihak MARA untuk menjadi Penyedia Perkhidmatan ICT untuk Business Solution Centre MARA. Pameran Teknologi ini telah diadakan di perkarangan Lobby Bangunan MARA dari 13 Oktober 2008 - 15 Oktober 2008. Jualan Produk produk Edaran Aspati , Pertunjukan Sistem CMS dan Majlis ramah mesra bersama pelanggan. Jangan ketinggalan untuk datang ke Booth Pameran kami untuk mengetahui dengan lebih mendalam Teknologi dan perkhidmatan yang disediakan oleh kitaorang.

Pelancaran & Penerimaan Watikah kepada 6 Syarikat Penyedia Perkhidmatan ICT MARA di sempurnakan oleh YB Dato' Seri Idris Bin Jusoh, Pengerusi MARA


Online Application & Semakan Kursus - oleh Admin Aspati 10/10/2008 @ 13:03

online-form.jpg
Pendaftaran Online Dibuka ! Peserta Boleh menyemak Status
Permohonan Kursus MDEC K-Worker
 


blog.gif 5 Nota terbaru

Ia kecil, ia gagah... - oleh monalissa

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan
sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang
berdiri disebelahnya, pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba
menahan kereta supaya membantu. Tidak ada sebuah kereta pun berhenti.

Tiba-tiba datangla sebuah kereta evo7 berhenti di sebelah kancil tadi.

"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke? "tanya pemuda berusia dalam lingkungan
20an. "ha'ah rosak" jawap pakcik tu simple aje....

"Ok, cam nie, saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik
kereta pakcik sampai tol" mamat nie bagi idea.

"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik
akan hon dan bagi high beam"

"Ok pakcik"..Mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan
hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. Dia pun jalanla..dengan slow dan
berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit, apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat
evo7. Apa lagi,jiwa muda pantang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak
kejar ferrari nie... lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat
belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi hi beam bagai
nak rak. Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.

Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis
nie..cecah 250kmj memasing nie...

Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg
laju nie...

"Over..over... ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah
ferrari, sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak
percaye punye......... sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu, bagi
hon dan hi beam nak potong!!!

n hehehe..ada berani ker...?

... / ... Baca lagi...

Tarikh masuk 04/11/2008 @ 09:06  - no Komen no Komen - tengok apa? Tambah anda punya ? Pratonton Cetak 

Sebuah Karangan Kreatif - oleh Admin Aspati

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam
batang paip.

Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya.

Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!".
Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.

Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia
pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer.

Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas
hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan
terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat
kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.

Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu
terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

( Dipetik dari Kulaan-banjar@yahoogroups pada Rab, 22/10/08, zaidi zailani <higashi700@...> )

... / ... Baca lagi...

Tarikh masuk 24/10/2008 @ 01:49  - 1 Komen 1 Komen - tengok apa? Tambah anda punya ? Pratonton Cetak 

RaYa Sudah AbiS la - oleh Hulale

Hari Raya sudah berlalu, tapi kita masih dapat merasainya.
Alangkah indahnya jika dapat menjenguk sanak-saudara.
Bermaaf-maafan di Hari yang Mulia.
Mak Ayah, Akak dan Adik senang susah, kita merasai bersama.
Buat boss, jangan kecil hati kalau tak dapat beraya. Cepat tua nantin
Haha, apapun, Maaf Zahir dan Batin
Daripada,
Hulalee
Tarikh masuk 07/10/2008 @ 09:04  - no Komen no Komen - tengok apa? Tambah anda punya ? Pratonton Cetak 

SeLaMaT HaRi GhaYo - oleh matlan

Assalamualikum.. kepada SemUa GeNg ASPATI...... Mazlan dan Keluarga.. ingin MengucapKan .......

SeLaMat HarI RaYo.. MaAf ZoHiR N BaTiN......

Tarikh masuk 26/09/2008 @ 01:08  - no Komen no Komen - tengok apa? Tambah anda punya ? Pratonton Cetak 

Selamat Pengantin baru untuk Wanie! - oleh Deengalimeng

Selamat Pengantin Baru Wani ...
Tarikh masuk 25/09/2008 @ 17:42  - no Komen no Komen - tengok apa? Tambah anda punya ? Pratonton Cetak 

cadeau.gifHubungi Kami

No 2-1 Jalan Putra Mahkota 7/4B, Section 7, Putra Point Town Center
47650 Subang Jaya, Selangor, MALAYSIA
Tel : +603.51929151 Fax : +603.51929159
atau emel ke admin@aspati.com.my


Aspati SMS Client!
SMS Cast!
User :
Passw :
   
www.Aspati.com.my
Kalender
Chat@Aspati

Pautan / Link
^ Atas ^