A A A

Perkhidmatan

PERKHIDMATAN
Disamping menerbitkan judul CDROM Multimedia, Aspati juga memberikan perkhidmatan lain yang berkait rapat dengan cabang komputer dan multimedia. Secara umumnya perkhidmatan Aspati terbahagi kepada 5 cabang utama yang menjadi nadi dalam inspirasi terhadap perkhidmatan berkualiti kami iaitu:

TEKNOLOGI MULTIMEDIA
Aspati menampilkan seni dalam jalinan penghasilan produk multimedianya. Seni, Teknologi dan Multimedia tidak dapat dipisahkan bagi menghasilkan satu produk multimedia yang amat bermutu tinggi.

Profil / Persembahan Koperat (Profil / Corporate Presentation )
Profil syarikat dalam bentuk digital mungkin merupakan sesuatu yang baru dalam masyarakat perniagaan masakini. Media konvensional seperti percetakan memakan kos yang agak mahal jika dibandingkan dengan bentuk digital. Dengan menggunakan kaedah konvensional juga informasi yang ingin disampaikan agak terhad jika dibandingkan dengan bentuk digital. Dengan mendigitalkan profil koperat anda, anda dapat menggabungkan elemen-elemen seperti data, grafik, gambar, ilustrasi, video dan kesan bunyi bagi melengkapkan lagi informasi untuk tujuan perniagaan anda.

Majalah Digital ( Digital Magazine )
Majalah digital juga merupakan sesuatu yang baru dinegara ini. Di U.S. majalah digital seperti “Blender“ telah diterima sebagai sebuah majalah digital dan mempunyai ramai peminatnya yang tersendiri. Adalah tidak mustahil majalah digital juga akan dapat diterima oleh masyarakat Malaysia menjelang tahun-tahun mendatang. Aspati dapat menggunakan konsep ini dalam merealisasikan konsep majalah digital ini. Dengan gabungan video, musik, gambar dan artikel dalam presentasi multimedia tentunya menjadi sesuatu baru yang akan muncul dalam alaf baru ini.

Kiosk Informasi ( Information Kiosk )
Kiosk Informasi akan menggunakan antaramuka "Interface" grafik dan menggunakan data multimedia untuk digunakan oleh pengguna. Kiosk informasi akan menggunakan teknologi yang sama dalam membangunkan antaramuka "Interface" bagi capaian informasi. Teknologi yang berubah adalah kepada perkakasan seperti monitor sentuh, skrin pemapar dan butang kawalan.

Pembelajaran Berkomputer ( Computer Based Training )
Satu teknik baru yang menggabungkan aspek pendidikan digunakan oleh Aspati adalah kajian terhadap keberkesanan terhadap kandungan pengajaran yang diberikan. Penggunaan teknologi multimedia, eleman visual dan suara memainkan peranan besar terhadap bidang pendidikan. Ini dapat dibuktikan dengan terhasilnya banyak tajuk CD-ROM Multimedia tempatan yang menampilkan elemen multimedia dalam pendidikan.

Latihan dan Perundingan ( Consultancy & Training )
Aspati juga sentiasa membuka ruang kepada individu ataupun organisasi bagi menghasilkan produk mereka sendiri. Latihan juga diberikan kepada pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi supaya mereka didedahkan pada alam pekerjaan yang sebenarnya. Pendedahan kepada teknologi terbaru dan peralatan terbaru akan membantu dalam menghasilkan produk multimedia yang baik dan bermutu tinggi.

TEKNOLOGI INTERNET
Internet merupakan satu media yang berkait rapat dalam multimedia. Elemen capaian maya membuatkan kepenggunaan internet menjadi semakin penting. Sesebuah syarikat tanpa laman-web kini sudah boleh dikatakan ketinggalan. Begitulah kesan internet kepada manusia globalisasi. Dari hari ke hari perkembangan internet amat memberangsangkan dengan berita yang hangat mengenai teknologi internet. Aspati juga mengorak langkah dalam pembangunan teknologi melibatkan internet dalam menuju era globalisasi yang kian mencabar.

Pembangunan Kandungan Internet ( Internet Content Dev. )
Dalam membicarakan kandungan internet kita tidak dapat lari dari mengaitkan keterampilan sesebuah laman web bergantung kepada banyak faktor iaitu:

Antaramuka yang menarik
Kecepatan Capaian
Susunatur dan tataletak animasi dan grafik
Capaian Informasi
Kebolehan pengaturcaraan
Kestabilan
Securiti
Penggunaan Plugins dan skrip dan sebagainya…

E-Perdagangan ( E-Commerse )
Perdagangan melalui laman web dimana layout bagi pembelian dan perdagangan melalui web dijalankan. Aspati mengambil bahagian dalam membangunkan prasarana bagi E-Perdagangan yang melibatkan antaramuka antara system dan pengguna.

E-Perniagaan ( E-Business )
Dalam E-Perniagaan pengurusan pelanggan adalah penting yang mana perniagaan yang dijalankan dapat dilaksanakan secara digital seperti penghantaran maklumat, pengesahan, pertukaran data dan transaksi melalui internet.

E-Komuniti ( E-Community )
Kehidupan sehari hari bagi masyarakat akan dating juga akan berubah dengan teknologi terkini internet. Sebagai contoh dengan teknologi WAP (Wireless Application Protocol) semuanya bermula dengan antaramuka yang menghubungkan system teknologi dengan pengguna sebenar….

PENGURUSAN MEDIA
Pengurusan Media / Dokumen Digital

Pengurusan media merupakan satu perkara yang tidak boleh dipandang remeh dalam dunia masakini. CDROM merupakan media terpenting dan termurah dapat menyimpan media berbentuk digital. Kemampuan media seperti CDROM yang dapat menyimpan sehingga 250,000 mukasurat bersaiz A4 dan bersamaan dengan 450 keping cakera liut saiz 3.5“. Ianya juga dapat bertahan sehingga 100 tahun dan tidak memerlukan penjagaan seperti pengawalan suhu, kelembapan dan serangga. Ianya juga telah mendapat standard ISO 9660. Diatas kelebihan inilah media-media konvensional seperti dokumen berbentuk tulisan, grafik, video dan bunyi dapat disimpan di dalam CDROM dan boleh digunakan kembali dan diduplikasikan. Antara servis yang ditawarkan oleh Aspati ialah:

Penukaran Format Media ( Digital Conversion )
Replikasi / Duplikasi CDROM ( CDROM Replication / Duplication )
Laporan Tahunan ( Annual Report )
Buku Panduan Produk ( Products Manuals )
Kertas Konferen ( Conference Document )
Data Kiraan ( Calculation Sheet )
Buku (Digital Books)

Aspati telah mengenalpasti format yang digunakan bagi penyimpanan dan pengurusan data. Sistem kompressi yang digunakan juga adalah amat penting bagi menyimpan dan mengurus data digital dengan lebih efisyen dan optimum.

KONSEP DAN DESIGN
Penampilan sesebuah syarikat dinilai dari logo dan design yang digunakan. Ia merupakan identiti syarikat untuk digunakan dalam kepala-surat, sampul surat, kad nama perniagaan dan sebagainya. Aspati terlibat secara langsung dalam merangka dan memberikan konsep terhadap logo serta penampilan syarikat secara digital dan konvensional.
Jalinan seni dalam pembikinan setiap eleman dapat memberikan perasaan terhadap pengelihatan terhadap logo dan pengenalan sesebuah syarikat.

Design Logo 2D / 3D
2D Animasi
3D Animasi
Layout Iklan
Banner / Bunting
Profil Syarikat ( Cetak )
Persekitaran GUI
Antaramuka
Kepala Surat
Brochure
Newsletter
Flyer
Poster
CD Layout
Imej
Konsep global

PERKAKASAN DAN PERISIAN
Aspati juga terlibat dalam pembangunan perisian yang melibatkan antaramuka bagi apa-apa perkakasan berbentuk multimedia. Antaramuka merupakan sesuatu yang penting dalam persembahan data multimedia. Elemen asas multimedia seperti tulisan, bunyi, efek, musik, video akan diolah dan diaturcara bagi menghasilkan suatu produk multimedia yang senang digunakan dan optimum. Dalam Pembangunan Perisian seni untuk memprogram sesuatu produk multimedia akan dijalankan dengan menggunakan teknologi terkini dengan bahasa pengaturcara yang mudah dan cepat.

Aspati sentiasa melatih staf-stafnya supaya menggunakan teknologi pengaturcara yang terbaru bagi mendapatkan impak yang berkesan terhadap pengguna. Dalam membangunkan perisian CDROM, Aspati telah berpengalaman dalam mengeluarkan CDROM bercorak interaktif yang mana 6 produk dalaman telahpun dihasilkan. Walaupun, teknologi senantiasa berubah-ubah Aspati senantiasa mengikuti perkembangan teknologi multimedia yang mana berkait rapat dengan perkakasan itu sendiri. Aspati juga ingin bekerjasama dengan penerbit-penerbit bentuk konvensional yang lain bagi meluaskan teknologi digital masakini. Dengan ini, penerimaan masyarakat akan dapat menjadikan media digital sebagai media bentuk baru dalam apa jua bidang di Malaysia. Ini mungkin akan dapat dicapai menjelang kempen “Pemilikan sebuah PC setiap rumah" yang telah dilancarkan …