Sejarah
Mengikut cerita nenek sedara sebelah mak, Aspati bermaksud sesuatu yang indah untuk dilihat. Semua orang suka kepada sesuatu yang indah. Menurut pengkaji sejarah pula As bermaksud gandar orang menjual sate , manakala pati bermaksud sesuatu yang padu dan jitu. Dengan kata lain pasangan Aspati bermaksud membawa sesuatu yang dasyat lagi mendasyatkan.
Mengikut sejarah ... arakian pada peringkat permulaannya Aspati Enterprise ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Deen Galimeng yang mana operasinya dijalankan di sebuah rumah pangsa di Ampang Selangor. Dengan berbekalkan semangat dan sedikit duit Aspati memulakan perniagaan yang mana amat sukar sekali pasaran dan penerimaan masyarakat terhadap produk-produk multimedia.
Setelah malam dan siang silih berganti tanpa disedari Aspati Enterprise telah menghasilkan 3 produk sulung iaitu Pasang Sendiri Komputer Anda Versi 1.1 , Belajar Windows 98 Secara Interaktif dan Belajar Internet secara interaktif. Melihatkan kepada permintaan yang kian meningkat , serta keminatan sektor swasta lain untuk membangunkan perisian pendidikan maka Aspati Sdn. Bhd. dibentuk bagi membolehkan Syarikat kami berkembang dengan lebih maju serta berdaya saing di arena yang lebih mencabar minda dan emosi.
Tahun 2000 menyaksikan kemeningkatan yang mendadak terhadap permintaan media digital selepas ke war-war an kerajaan Malaysia terhadap ICT yang mana tidak tertahan lagi Aspati untuk mengembangkan sayapnya. Penggabunggan serta pembelian saham Qiam Point Trading yang mempunyai rangkaian kewangan serta persijilan memaksa Aspati Group of Companies dibentuk bagi menawan projek-projek tender dari kerajaan yang mensyaratkan persijilan kewangan dan status bumiputra.
Kini .... Aspati mengembangkan lagi sayap untuk bergabung dengan beberapa syarikat lain di luar Malaysia bagi menjalankan projek - projek mega dan superstar. Berpusat di Putra Height, Subang Jaya kini Aspati mengorak langkah seribu untuk menawan hati setiap pelanggan dan maju bersama Malaysia dengan gemilang dan lebih terbilang.
Tahun 2007 juga menjadi tarikh keramat apabila Aspati Advertising Sdn. Bhd. ditubuhkan bagi era baru Teknologi Digital Advertising masakini. Tetapi yang pasti Aspati masih terus berdiri teguh dan terus berkembang dalam dunia multimedi
